BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 22, 2010

Hidayah bukan untuk ditunggu, tetapi utk dikejar dan di tangkap. benar, hidayah hanya akan hinggap pada orng yg di pilih oleh Allah, yg disayangi oleh Allah... namun, adakah kita hanya perlu menunggu?? tidak!! ia perlu dicari.. ketika hati merasa resah, bukan perkara yg sepatutnya utk menangguhkan solat menunggu hati menjadi tenang. Kerana apa? kerana solat itu sendiri membawa ketenangan.

namun perlu diingat!!kita solat bukan utk mencari ketenangan, ketenangan bukanlah tujuan solat, tetapi ketenangan merupakan hadiah dari Allah s.w.t selepas kita menyerahkn diri semata2 kerana Allah. Oleh itu, amatlah salah jika kita beribadat demi ketenangan.. beribadat hanyalah demi Allah, tetapi segala nikmat yg terhasil dari solat @ ibadah seperti murah rezeki dan sebagainya.. hanyalah hadiah sementara dari Allah di dunia, sebahagiaannya menjadi ujian dan sebahagian lagi menjadi motivasi.

Nikmat yg diperolehi dari melakukan ibadat menjadi ujian apabila kemanisan nikmat itu sendiri amatlah manis sehingga hati terpesong utk melakukan ibadat demi nikmat tersebut. Malahan ana sendiri pernah merasai peritnya ujian ini, namun ia adalah nikmat Allah supaya ana lebih berhati2 menjaga hati. Contohnya adalah seperti, apabila melakukan ibadat dengan khusuk, kita akan merasa amatlah tenang, sehingga kemanisan ketenangan itu dikejar2.. sentiasa dirindui..

nikmat yg diperoleh menjadi motivasi apabila, seseorang itu hatinya telah benar2 nekad... kehidupan yg dia lalui hanyalah demi mendapatkn mardhotillah. Nikmat2 yg diberikan hanyalah menjadi peneguh kepada keyakinan bahawa Allah sentiasa bersamanya. Nikmat atau bencana yg menimpa tidak membawa perbezaan, semuanya adalah ujian dari Allah taala, hanya mereka yg sabar menghadapi ujian Allah akan berjaya..

dunia ini merupakn tempat melabur saham akhirat... ia seperti perniagaan . dan perniagaan yg menguntungkan adalah dijalan Allah taala. Rugilah mereka yg tidak dapat berbuat baik terhadap ibubapa.. rugilah mereka yg meninggalkn solat jemaah di awal waktu.. rugilah mereka yg membazirkan masa.. ana sendiri, orng yg amat rugi didunia ini.. banyak peluang dilepaskn.. dan hati manusia sentiasa terombang ambing.. solusinya, kita mesti memperuntukkan 1 waktu utk berkhalwat, post mortem diri sendiri... dengan melakukan demikian hati lebih waspada.. dan ingatlah.. mati itu sentiasa dekat... bersyukurlah sekiranya masih bernafas dan masih berpeluang menyelamatkan diri dari pinggir neraka...

ya Allah, lindungillah hambamu yg lemah ini.. ak tidak mampu memperoleh hidayah mu sekalipun ak mahu.. hanya engkau memiliki hak memberi hidayah

0 comments: