BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Selepas 4 tahun

Amat lama tidak mencoret sesuatu di blog ini. 4 tahun, satu waktu yang lama. Ana terasa terlalu jauh, jauh yang sangat dari Allah. 4 tahun, boleh merubah seseorang dengan sangat radikal. Ana bukan lah seorng muslim yang seperti dulu. Hati terasa mati, satu seksaan yang sangat pedih. Dosa umpama sesuatu yang sangat ringan, hati tidak terasa terbeban dengan apa2 dosa sekalipun. Dulu, apabila terniat membuat dosa, sudah cukup membuat hati ini bergolak. Hari ini, hati ku keras.. Dosa atau pahala tidak lg penting, yang penting ialah mendapat keinginan hati ku, apakah yang menjerumuskn ku ke sini? Apakah puncanya? Mungkin sebab ak mengejar seorng perempuan, mungkin jua jerana mencintainya melebihi segalanya. Aku sepatutnya sedar, pilihan ku sepatutnya sendirian sampailah hadir peluang untuk mendirikan rumah tangga. Ak menyangka, ak kuat, dan dapat menahan nafsu ku. Namun, hari demi hari, perbuatan dosa, hanya mendatangkn lg bnyak dosa. Sekuat mana iman ku, jika terhakis tanpa ku sedar sehari hari, hilang lah jua iman ku. Namun, ak bersyukur, Allah masih melindungiku dari zina. Perempuan yang ku sayang, bukan seperti yang lain. Membenci ku jika aku terlalu dekat kepadanya. Menolak ak jika ak terlalu kasih padanya. Awalnya, aku lah yang membimbingnya kejalan Allah dgn izin nya. Lama lama, ak sendiri hanyut. Namun dia, terus menerus Allah memberinya hidayah, dan dia sambut hidayah itu dgn baik. Ak belajar, sekuat mana pun lelaki, perempuan tetap kelemahan mereka.
     Ak hanyut, dan dalam ketakutan. Mengambil degree dalam bidang perubatan bukan lah sesuatu yang mudah. Ak takut jika ak keciciran. Ak takut jika ak gagal. Padahal, rezeki setiap manusia telah ditetapkn. Ak hanya perlu bersyukur, kenapa,kini ak tidak lg mampu bersyukur? 

0 comments: